Thunder Horse PDQ
Thunder Horse PDQ

Thunder Horse PDQ

Thunder Horse PDQ ialah sebuah pelantar minyak separa tenggelam milik perkongsian bersama antara BP plc dan ExxonMobil di lokasi yang terletak di medan minyak laut dalam Thunder Horse (Blok 778/822) Ngarai Mississippi, Teluk Mexico, 150 batu (240 km) di tenggara New Orleans, dilabuhkan pada kedalaman air di 1,840 meter (6,040 ka).[3] Pengenalan "PDQ" pada pelantar bermaksud ia adalah sebuah pelantar pengeluaran (P untuk Production) dan gerudi (D untuk Drilling) dengan kemudahan kediaman krew (Q untuk Quarter).Thunder Horse PDQ adalah kemudahan luar pantai terbesar dalam kelasnya di dunia. Badan kapal ini dibina oleh Kejuruteraan Marin dan Pembinaan Kapal Daewoo (DSME) di Okpo, Korea Selatan, sebelum dimuatkan ke atas kapal pengangkut berat, MV Blue Marlin dan dihantar ke Kiewit Offshore Services di Ingleside, Texas di mana ia kemudian dilengkapkan dengan modul-modul bahagian atas yang dibina di Morgan City, Louisiana.[4] Perjalanan sejauh 15,813 batu nautika (29,286 km; 18,197 mi) di sekeliling Tanjung Harapan, Afrika Selatan mngambil masa lapan minggu (63 hari) bermula pada 23 Julai sehingga 23 September 2004.[5] Kos pembinaan adalah sekitar AS$5 bilion, dan pelantar ini dijangka akan digunakan selama 25 tahun.[6]Thunder Horse PDQ dikosongkan menjelang Hurikan Dennis pada Julai 2005. Taufan tersebut menyebabkan pelantar ini menyenget 20 darjah dan hampir karam.[7]Pelantar ini direka bagi kejadian 100 tahun, dan pasukan pemeriksaan mendapati tiada kerosakan pada badan pelantar, dan tiada air masuk dari kebocoran pada badannya. Sebaliknya, paip sepanjang 6-inci yang salah pasang membenarkan air bebas mengalir dikalangan beberapa tangki pengimbang yang mencetuskan rantaian kejadian yang hampir menyebabkan pelantar tersebut terbalik.[8][9] Pelantar tersebut dibetulkan semula sepenuhnya seminggu selepas ribut Dennis, melewatkan pengeluaran awal yang dijangka akhir tahun 2005.[10] Semasa pembaikian, ia didapati bahawa beberapa pancarongga ("manifold") hidrolik bawah air retak teruk akibat paip yang tidak dipetri dengan baik. Penasihat kejuruteraan, Gordon Aaker, menyatakan bahawa pancarongga yang retak itu mampu menyebabkan kebocoran minyak yang teruk.[11]

Rujukan

WikiPedia: Thunder Horse PDQ http://www.bp.com/IntermediateSearchAction.do?url=... http://www.dockwise.com/page/projects/projectdata.... http://www.nytimes.com/2010/07/13/business/energy-... http://www.offshore-technology.com/features/featur... http://www.offshore-technology.com/projects/crazy_... http://www.redorbit.com/news/science/948325/troubl... http://www.rigzone.com/news/article.asp?a_id=16673 http://www.rigzone.com/news/article.asp?a_id=24067 http://www.subseaiq.com/data/Project.aspx?project_... http://www.worldnetdaily.com/news/article.asp?ARTI...